You are hereForums / Bincang / Tadarus Hari Jumaat

Tadarus Hari Jumaat


2 replies
shuhaimi
Joined: 05/24/2008
User offline. Last seen 44 weeks 2 days ago.

Assalamu'alaikum wa-Rahmaullahi wa-barakatuh,

Terima kasih saudara/saudari moderator kerana berusaha-sama mewujudkan halaman ini.

Saya ingin menarik minat sahabat-sahabat sekalian berhubung majlis tadarus yang diadakan di Meikodai Kaikan sejak tahun 2001 lagi.

Sejak minggu lepas (30 Mei 2008), majlis tadarus kita mula diadakan secara berasingan di Meidai dan Meikodai, atas alasan penuntut Meidai susah utk dtg ke Kaikan Meikodai kerana jauh. Keputusan tersebut dibuat pada mesyarat pada minggu sebelumnya (23 May 2008), pada ketika kehadiran agak "lengang" (saya pun terlewat sbb ada meeting pd mlm tu, so tak sure apa yg dibincangkan oleh jemaah kita tentang tadarus).

Selepas sembahyang Zohor tadi di Meikodai, ramai ahli jemaah tadarus kita di sini yg mengadu merasa terkilan dan terkejut kerana majlis tadarus tersebut yg dilakukan di 2 tempat yg berbeza.

Pada hemat saya, majlis tadarus yg sejak awal penubuhannya dibuat untuk menyatukan semua adik2 dan abang2 keluarga besar kita di Nagoya nih, perlulah dibuat secara BERSAMA di SATU tempat. Sekiranya sukar kepada ahli adik2 dan abang2 kita dari Meidai utk dtg ke Meikodai setiap Jumaat, kenapa tidak dibuat secara bergilir-gilir di Meidai dan Meikodai? Lagipun, amatlah rugi bagi kita kerana perkongsian ilmu di kalangan jemaah kita telah terpisah. Macam kata Arip, bukannya semua dari kita nih pandai al-Quran. Saya pun secara peribadi nak juga belajar dari kawan2 yg berlainan universiti.

Oleh itu, saya sangatlah mengesyorkan utk diadakan semula perbincangan berhubung majlis tadarus yg kita sayangi ini.

Komen saudara/saudari sekalian amatlah dialu-alukan.

pantrex
Joined: 06/03/2008
User offline. Last seen 1 year 19 weeks ago.
meidai dgn meikou tak jauh

meidai dgn meikou tak jauh tu,klu niat ikhlas datang nak belajar,nak jumpa dan jenguk kawan2,nak eratkan ukhuwah insyaallah dipermudahkan datang,datang lewat pun takpe...pandangan saya,tidak sepatutnya dibuat di tempat yang berasingan majlis tu, takut nnt tak kuat pulak kankei budak nagoya kat sana, takut nnt student meidai sana pk pasal mereka sana saja, student meikou sini pk pasal mereka sini saja, next generation budak meidai dah tak kenal budak meiko,budak meiko tak kenal budak meidai,huhu,moga tak jadi begitu ler...kena ingat juga tujuan tadarus tu selain dari belajar agama, kita nak satukan dan eratkan ukhuwah budak nagoya, supaya antara kita terasa tidak terabai dan ambil berat antara satu sama lain terutamanya dekat nagoya tu, malah boleh berbincang bersama sekiranya ada masalah...Di nagoya tu bukannya ada satu batch saje,malah at least ada 4 batch utk kita kenal dan pada pengalaman lepas majlis tadarus la tempat yang sesuai utk kita sama kenal-mengenal dgn lebih rapat,insyaallah...

Konggor
Joined: 06/18/2008
User offline. Last seen 1 year 17 weeks ago.
Komuniti Nagoya adalah satu keluarga...

Natsukashii naaa.. Masuk hari ni.. dah 1 tahun 2 bulan 18 hari aku meninggalkan bumi sakura especially Nagoya..

Masih teringat2 lagi suasana kat sana masa bertadarus, persiapan majlis berbuka puasa, BBQ dll.

Bila dah tamat pengajian ni, seakan tertanya2 adakah aktiviti2 ini akan diteruskan lagi oleh kohai2?

Alhamdulillah masih diteruskan sampailah baru2 ni.. Tapi kenapa sekarang baru timbul masalah jauh tak jauh ni?Sedangkan aktiviti2 ini dah lama diwarisi daripada sempai2 dari batch2 awal....

Sedih rasanya bila jadi camni.. Memang bukan mudah nak menyatukan semua warga Nagoya, tapi insyaAllah dengan sedikit usaha pasti boleh. Dan hasilnya insyaAllah akan kita kenang sampai mati.. Segala kenangan2 pahit dan manis yang dilalui bersama warga Nagoya...

Kita komuniti melayu di Nagoya ibarat satu keluarga yang erat.. Apa ertinya kalau duduk satu Nagoya tapi berpisah2..Ini cuma nasihat aku.. Kalau korang takmo ikut takpe.. bak kata Nabil Raja Lawak.. "Lu pikiaq la sendiri!" Assalamualaikum...